Ahmad Kamal Abdullah
1 hr
BismilLahirrahmanir Rahim
SIDANG MEDIA SISMI17 21 september 2017, 11 pagi
BALAI IMAM AL-BUKHARI, MASJID ABDUL RAHMAN BIN ‘AUF
BATU 5.5, JALAN PUCHONG KUALA LUMPUR
Kenyataan Akhbar
1. Pada 28-30 September 2017 tercatatlah sebuah sejarah kolaborasi antara Masjid Abdul Rahman bin Auf dengan NUMERA Malaysia bagi menganjurkan bersama Seminar Internasional Sastera Melayu Islam. Sebanyak 12 kertas kerja dan sebuah Ucap Utama oleh Kritikus tersohor Indonesia Profesor Hudan Hidayat berjudul “Sastera Melayu Islam dalam Naungan Al-Qur’an” dipersembahkan. Hudan menyediakan sebuah buku prosiding yang terpuji. Artis ikut berlagu dan penyair mempamer buku dan membaca puisinya.
2. Numera Malaysia pada tahun ini menganugerahkan Tokoh Persuratan Nusantara Melayu Raya dalam tiga kategori yakni Tokoh Persuratan Dunia Numera, Tokoh Patria Numera dan Tokoh Srikandi Numera.
3. Sayugia disebut, Numera sebagai organisasi sasterawan (DISAHKAN PENDAFTARANNYA 2012) ingin menduniakan kesusasteraan Numera, secara konsisten telah menobatkan tokoh persuratan yang berbobot sejak tahun 2014. Pada tahun tersebut Numera menamakan Profesor Dr Abdul Hadi WM (Indonesia), Profesor Madya Dr Pogadaev (Rusia) dan Dr Ahafie Abu Bakar (Malaysia) sebagai pemenang Anugerah Persuratan Dunia Numera. Pada tahun 2015 Tan Sri Mohd Salim Fateh Din, Tan Sri Hamad Kama Piah dan Profesor Dr Awang Sariyan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Patria Numera.
4. Pada tahun 2016 Profesor Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh (Malaysia) dan penyair-artis Aminur Rahman (Bangladesh) menerima Anugerah Persuratan Dunia Numera. Manakala Sastri Bakry (Indonesia) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Srikandi Numera.
5. Penamaan tokoh pemenang Anugerah Numera ini dipertimbangkan atas penglibatan tokoh-tokoh kesusasteraan di Nusantara Melayu Raya dan di Jabatan Pengajian Melayu-Indonesia di mancanegara dalam bidang kajian, kreativiti dan juga aktivitisme yang berterusan. Sayugia diingatkan tokoh-tokoh tersebut ikut dipertimbangkan sumbangannya kepada NUMERA Malaysia sama ada sumbangsihnya sebagai pendukung seminar mahupun baktinya dalam membantu secara moral mahupun material kepada penghidupan Numera Malaysia. Dengan dukungan itu organisasi Numera dapat bergerak bagi memartabatkan persuratan Numera ke pelosok dunia.
6. Selepas meneliti senarai nama yang panjang, Ahli jawatankuasa Numera Malaysia telah mengambil ketetapan bahawa Profesor Hudan Hidayat layak menerima Anugerah Persuratan Dunia Numera 2017. Hudan memajukan bakat kreatifnya dan bakat kritikannya yang tajam. Dia lulusan Universitas Jayabaya di bidang Fisipol jurusan Hubungan Internasional. Dia lahir di Yogyakarta, dan dibawa pindah ke Palembang masa kecil dan remajanya beliau hidup di Kota kecil Curup di Bengkulu, Sumatra. Menurutnya dia menjadi pengarang (juga pengkritik) oleh kerana “garis nasib”. Cerita pendeknya yang pertama tersiar di majalah Zaman (1984) karya yang lain adalah Orang Sakit (Indonesia Tera), Keluarga Gila, Lelaki Ikan (Kompas). Novelnya Tuan dan Nona Kosong. Pada tahun 2009 Hudan Hidayat sebagai peserta aktif Seminar Kepengarangan Muslimah Nusantara dan seterusnya sebagai peserta forum bandingan “Gitanyali dan Ayn” yang diadakan di UPSI bersama Dr Lalitha Sinha sempena Baca Puisi Dunia Numera 2014.
Sempena Seminar Internasional Melayu Islam ini Hudan Hidayat akan menyampaikan Ucap Utama Sastera Melayu Islam dalam Naungan Al-Qur’an dengan menggarap teori Li Sajidin.
7. Bagi kategori Anugerah Patria Numera 2017 dipilih Profesor Dr Ir. Wan Abu Bakar pensyarah kejuruteraan di Universiti Malaya penyair, pemimpin grup maya, cerpenis dan Abrar Khairul Ikhirma (Putu Ikhirma) aktivis dan penyair, ahli teater dan artistic designer di Padang Indonesia.
8. Dr Irwan Abu Bakar dikenal luas oleh masyarakat sastera di Malaysia dan di Yogyakarta, Jakarta dan Banten. Beliau adalah Ketua bagi grup maya e.sastera.com yang ahlinya mencecah lebih seribu orang. Irwan ikut membimbing ahlinya itu dalam banyak program seni-sastera. Dia juga adalah antara protem-komite yang menubuhkan Numera Malaysia, dan juga akrab dengan Masjid Abdul Rahman bin Auf dalam banyak programnya hingga dia digelarkan sebagai “Sahabat Masjid”. Dia juga duduk dalam kursi Sidang pengarang bersekutu Dewan Sastera Malaysia. Dia membuktikan kekreatifannya menerusi buku novelnya “Cinta Berbalas di Meja 17”(2008), kumpulan puisinya Semelar (2003) dan Kuntom Ungu (2012). Selain bergerak dalam seni dan sastera dia juga bergerak dalam badan professional Irwan adalah President Malaysian Sosiety of Medical and Biological Engineering (MSMBE) dan dua tiga badan professional yang lain. Irwan memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia bagi Cerpen eceran dan menerima Hadiah Sastera Darul Takzim untuk puisi eceran (2007-2008).
9. Putu Ikhirma (Abrar Khairul Ikhirma) tidak syak lagi aktivis seni-budaya-sastera yang aktif dan konsisten di Padang. Dia banyak bergaul dengan tokoh-tokoh teater dan kewartawanan. Dia pernah menjadi wartawan bagi mingguan Tempo yang diasuh oleh Goenawan Mohamad. Pelakon Marissa Haque memanggilnya sebagai Si Padang saja. Manakala Tempo menggelarnya sebagai “Wartawan Cilik”. Puisinya “Hang; Kekalkan di Selat Melaka” pernah memenangi Hadiah Puisi bagi Sayembara Mengarang Puisi Dunia Numera. Novelnya “Kabut-kabut Senja” dan “Menjelang Kelam Datang” dijadikan cerita bersambung di Harian Haluan, Padang. Dia suka mengembara, memotret dan membuat designer dengan penuh dedikasi dan artistik. Ikhirma juga suka melukis dan ikut pameran. Dia ikut menjadi penolong Artistik sinetron TV dengan naskah Pulanglah Si Anak Hilang, Salah Asoehan dan Masih Ada Kapal Ke Padang. Aktivitinya takkenal redup dan bergerak dengan versatile dalam dunia seni-sastera-budaya di Nusantara Melayu Raya.
10. Norazimah Abu Bakar lahir di Ipoh Perak, terdidik di beberapa sekolah di Ipoh dan kemudian lulus Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di UiTM, Shah Alam. Aktivis seni-sastera yang menjadi sumber ilham bagi rakan penulis seangkatannya dan pelapis yang baru. Dia menjadi setia usaha khas Ketua I GAPENA dan merangkap Pengurus program GAPENA dan Sekretariat Perkumpulan penulis penyair wanita.. Norazimah pernah menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (1981-2006). Dia pembaca puisi yang baik ikut meminati fotografi. Bakatnya itu lebih mantap lagi selepas karyanya tersiar di akhbar dan majalah perdana. Kumpulan puisinya Melarik Malam (2014) dan Langit, Bumi dan Lautan (2016). Dia pernah membaca puisinya di Masjid Abdul Rahman Auf dalam Malam 1000 Syuhada. Dia adalah Timbalan Presiden Klab Penyair Deklamator Kebangsaan. Keseriusan dan peranan dalam aktivisme dan seni-sastera-budaya itu menyerlahkan peranannya yang dinamik dalam kebangkitan sasterawan wanita di Malaysia juga di Nusantara Melayu Raya. Dia adalah Srikandi dan pahlawan pena sekaligus.
11. Anugerah akan disampaikan pada Malam Kesenian Melayu Islam (SISMI) 29 September 2017 pada Majlis Penobatan oleh YBhg. Tan Sri Hamad Kama Piah, Datuk Haji Adzis Abbas dan Puan Sri Rohani. Hadirin akan mendengar ucapan pemenang disamping mencicipi Nasi Tumpeng dan Nasi Kunyit.
SN DATO’ DR AHMAD KHAMAL ABDULLAH
Pengerusi SISMI17
Presiden Numera Malaysia- Pengerusi Masjid Abdul Rahman bin Auf.
ahmadkhamalabdullah@gmail.com
012-2029130