Tag Archives: Hasyuda Abadi

Kematian Sastera di Sabah: sebuah penilaian

Hasyuda Abadi
http://ikatan-penulis-sabah2u.blogspot.com/

DUNIA sastera mengalami evolusinya. Sementelahan orang tidak faham bahawa sastera sebagai mekanisme kehidupan yang telah wujud semenjak manusia dilahir di dunia. Ia lahir bersama tangisan pertama bayi. Ia wujud terus hinggalah pada satu tahap kita sudah boleh berkata-kata dengan baik, mendengar suara merdu alam, menikmati makna setiap kata berdasarkan acuan yang dia ada, semua ini menjadi pengalaman dan menyebabkan dia bermakna dalam kehidupannya dan kehidupan manusia yang lain malah semakin ia matang dan dewasa,