Tag Archives: Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Sasterawan Sufi Agung Syeikh Hamzah al-Fansuri

Wan Mohd. Shaghir Abdullah
http://ulama.blogspot.com/

SYEIKH Hamzah al-Fansuri telah banyak dibicarakan orang, namun tidak dapat dinafikan perkara-perkara baru sentiasa ditemui oleh para peneliti. Pada mukadimah ini saya nyatakan bahawa tanpa diketahui siapakah yang pertama mengkhayal rupa tokoh agung sufi Nusantara itu, sehingga ditemui gambar imaginasi beliau.