Kematian Sastera di Sabah: sebuah penilaian

Hasyuda Abadi
http://ikatan-penulis-sabah2u.blogspot.com/

DUNIA sastera mengalami evolusinya. Sementelahan orang tidak faham bahawa sastera sebagai mekanisme kehidupan yang telah wujud semenjak manusia dilahir di dunia. Ia lahir bersama tangisan pertama bayi. Ia wujud terus hinggalah pada satu tahap kita sudah boleh berkata-kata dengan baik, mendengar suara merdu alam, menikmati makna setiap kata berdasarkan acuan yang dia ada, semua ini menjadi pengalaman dan menyebabkan dia bermakna dalam kehidupannya dan kehidupan manusia yang lain malah semakin ia matang dan dewasa, Continue reading “Kematian Sastera di Sabah: sebuah penilaian”

Pasca Diskusi Sastera Sabah Sudah Mati

Dr. Ramzah Dambul
http://ikatan-penulis-sabah2u.blogspot.com/

Wacana sastera semalam berjalan lancar. Dari segi teknikal dan logistik. Dari segi pengisian, saya tidak mau komen. Sebab saya adalah panelnya. Tentu tidak telus (bahkan tidak adil!) kalau kita menghakimi diri sendiri, kan?

Tetapi ada juga rakan yang telah membuat catatan awal tentang acara tersebut: i.e. Hasyuda Abadi. Gambar-gambar pula boleh dinikmati bersama Pena Alam. Lihatlah para panel yang tampan! Continue reading “Pasca Diskusi Sastera Sabah Sudah Mati”